top of page

Hubungi kami di:

Persatuan Anestesia Perlis

(Anaesthesia Society of Perlis)

PPM-004-09-03042023

D/A Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi,

Hospital Tuanku Fauziah,

Jln Tun Abdul Razak 01000

Kangar, Perlis

e-mel: anaesthesiasocietyperlis@gmail.com

Apa itu BIUS/ ANESTESIA??

  • Dr Najmi
  • 8 Ogo 2023
  • 1 min membaca

Updated: 9 Ogo 2023

Bius berasal dari perkataan Parsi bīhūshī (بیهوشی) yang bermaksud pitam atau tidak sedar diri dan sinonimnya Anestesia (English: Anaesthesia/Anesthesia) berasal dari perkataan Yunani (Greek) anaisthēsia, iaitu an- ‘tanpa’ dan aisthēsis ‘deria’. Bius diberikan kepada pesakit supaya pembedahan dan prosedur lainnya dapat dilakukan tanpa rasa sakit.


Umumnya, bius boleh dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu Pembiusan Umum (General Anesthesia) dan Pembiusan Setempat (Regional Anaesthesia).


Pembiusan Umum adalah apabila pesakit berada dalam keadaan tidak sedar ketika pembedahan sedang dilakukan. Pesakit diberikan ubat bius melalui salur darah dan/atau gas bius. Tiub pernafasan akan dimasukkan ke dalam saluran pernafasan pesakit dan disambungkan dengan mesin pernafasan. Pesakit akan dibangunkan semula setelah selesai pembedahan dan tiub pernafasan akan dibuang. Pesakit akan dipantau di ruang pemulihan selama 30 minit sebelum di discaj ke wad.


Pembiusan Setempat adalah apabila ubat bius diberikan untuk melalikan bahagian badan tertentu yang akan dibedah. Umumnya pesakit berada dalam keadaan sedar ketika pembedahan, namun tidak merasa apa-apa di bahagian yang dibedah. Pelbagai teknik pembiusan setempat boleh dilakukan, sebagai contoh bius separuh badan dengan teknik spinal, epidural atau gabungan keduanya; atau bius pada tempat yang akan dibedah sahaja seperti sebelah tangan atau sebelah kaki (peripheral nerve block). Apabila kesan ubat bius habis, deria akan kembali normal semula.


Rujukan:

  1. Wikikamus. Bius, https://ms.wiktionary.org/wiki/bius [Accessed 7th August 2023].

  2. Oxford Learner’s Dictionary. Anaesthesia. https://www.oxfordlearnersdictionaries.com/definition/english/anaesthesia [Accessed 7th August 2023].

  3. Kementerian Kesihatan Malaysia. Program Anestesiologi dan Rawatan Rapi. https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/1131 [Accessed 6th August 2023].

  4. Association of Anaesthetists. What is anaesthesia?, https://anaesthetists.org/Home/Public-info/What-is-anaesthesia [Accessed 6th August 2023].

  5. Nazaruddin W. 10 Info Bius. USM: PM Dr Wan Mohd Nazaruddin, 2021.

Komen


bottom of page