
Latar Belakang Persatuan
Persatuan Anestesia Perlis (Anaesthesia Society of Perlis) adalah persatuan yang berdaftar dengan JPPM sejak 03 April 2023.
Persatuan ini ditubuhkan dengan tujuan menyelaras aktiviti berkaitan dengan bidang Anestesiologi dan Rawatan Rapi di Hospital Tuanku Fauziah dan Perlis, serta memberi pendidikan dan kesedaran terhadap bidang Anestesiologi dan Rawatan Rapi kepada orang awam.
Persatuan ini juga bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli dan mengeratkan silaturrahim antara ahli melalui aktiviti-aktiviti Persatuan.
Keahlian bagi Persatuan ini dibuka bagi semua yang sedang atau telah berkhidmat di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi, Hospital Tuanku Fauziah.
Hubungi kami di:
Persatuan Anestesia Perlis
(Anaesthesia Society of Perlis)
PPM-004-09-03042023
D/A Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi,
Hospital Tuanku Fauziah,
Jln Tun Abdul Razak 01000
Kangar, Perlis
